Hamba tidak ingat sepenuhnya dimana dan dari siapa teks ijazah muqadim Darqawiyya ini diperolehi pada tahun 1980an dulu. Contoh watikah perlantikan atau surat pemberian izin oleh sang Mursyid kepada muridnya yang terpilih untuk menjalankan tugas sebagai Muqaddim atau dialam melayu sebagai khalifa atau guru pelapis. Mereka ini diamanahkan bertindak dan berfungsi mendidik jemaah fuqara dalam halehwal perjalanan sufiyyah diperingkat asas dan pertengahan. Terkadang izin muqadim ini diberi oleh Shaykh secara lisan dan perutusan surat sahaja. Teks ini tidak merupakan syarat menyeluruh tetapi hanya contoh sahaja. Ada murid diberi Izin Khas untuk mengaji dan mengajarkan kitab sufi tertentu seperti Hikam Ataiyya dan Abu Madyan. Ada fuqara diberi izin amalan Ismul Azim dan Asmaul Husna. Semua ini bergantung kepada keperluan zaman, tempat dan pergolakan semasa serta hikmah tertentu.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang
Kepada faqir ……………………
Dengan limpah kurnia Fadhal Allah Taala yang menguasai segala Qudrah Kekuasaan dan Qada’ KetentuanNya, dan Iradah-Kehendak, kami memberi izin ( kebenaran ) kepada saudara untuk menghidupkan dan melaksanakan semua amalan (tariqa) sesuai dengan maqam terpuji yang diamanahkan iaitu sebagai Muqaddim Tariqa Darqawi-Shadhili.
Kami memohon kepada Allah Tabaraka wa Taala supaya Dia sentiasa menolong dan memberi kekuatan kepada saudara untuk berkhidmat kepada hamba-hambaNya (para fuqara/murid) mengikut kehendak Sunna Muhammadiyya. Dan saudara berdakwah menyeru kaum kuffar kepada Din Islam yang hanif sehingga Allah mengambil saudara dari dunia ini untuk kembali ke alam akhirat.
Maqam (tugas dan kedudukan) Muqaddam ini adalah bersandarkan kepada maqam zuhud, tajrid ,khalwa , jihad dan istiqamah dalam zikir Ismul Azim serta tawhid yang kukuh diatas lisan dan ahwal (amal perilaku). Izin ini telah diberikan pada hari ini …..(tarikh) di……….(negeri/tempat).
( Dengan Cap/Mohor/Khatam ) :
Ghufranaka Rabbi wa ilaikal masir
Ditandatangan …………..
Rujukan kitab bagi murid/fuqara :
Diwan Shaykh al-Kamil Muhammad ibnul Habib
The Basic Research –Ibnu Ajibah
The Darqawi Letters- Mulay Arabi ad-Darqawi
The Meaning of Man – Sidi Ali Jamal
Fusus al-Hikam – Ibnul Arabi
The Knowledge of God- Minhah al-Quddus by Shaykh Alawi
Hikam- Ibnul Ataillah dam Syarah Iqaz al-Himmam -Ibn Ajibah
Signs of Success on The Path- Commentary on Song of Abu Madyan
Buku dan Tulisan Shaykh Abdal Qadir as-sufi
The Way of Muhammad(1975)
The Hundred Steps (1980)
The Quranic Tawhid (1980)
The Book of Strangers (1972)
Root Islamic Education(1982)
The Sign of Sword
Letter To An Arab Muslim (2002)
Letter To An African Muslim
Kufr: An Islamic Critique
Return of The Khalifate(2002)
The Sultaniyya (2003)
The Shield of Achilleus
The Gestalt of Freedom
The Ten Symphony of Gorka Konig
For The Coming Man
The Wealth of Fuqara
The Time of Bedoin , 2006
Moussem of Istanbul, Turkey. Moussem of Tangier, Morocco
Moussem of Cape Town, South Africa. Moussem of Weimar,Germany
Moussem of Melila, Spain. Moussem of Granada, Spain
Moussem of Main Zawiya Achairgn, Inverness, Scotland
Visit Tour To Malaysia – 1990 and 2001( USM Honorary Doctorate)
2004 Cape Town New Ribat, Dallas College
and Lectures at Habibiya Mosque
Dirasah Atau Discourse Sh.Abdal Qadir as-Sufi
Kekayaan Milik Fuqara (The Wealth of Fuqara)
Jika kamu menginginkan pengetahuan, pengetahuan tersebut akan mendatangimu. “Takutlah kepada Allah dan Allah akan memberimu ilmu-Nya” Ketakutan yang sempurna adalah tidak menyadari keberadaan dirimu
Jalan (Thariqah)
Shaykh Abu’l-‘Abbas al-Mursi, radiya’llahu ‘anhu, berkata, “Mudah untuk menemukan Allah. Mudah untuk ber-marifat, tapi sangat sulit untuk menemukan seorang Shaykh” dengan kata lain ketika kamu
Mengikuti Jejak Rasulullah (Following Rasul Footsteps)
Sangat menarik sekali makna ‘ishq ini dalam bahasa Arab, ia adalah tumbuhan rambat yang merambati induk semangnya, membelitnya dengan belukar dan bunganya, sampai ia
Mengenal Tasawwuf.
Jalaludin Rumi berkata, “Dengan pembimbing, perjalanan selama 200 tahun dapat tercapai dalam seumur hidup.” Anda harus mengambil Shaykh yang masih hidup, karena perkara ini tidak
At Approach Of Ramadhan.
You must see yourself as your enemy, not the world outside, and this enemy must be subdued in order that you see clearly and that you act by Allah and for Allah
‘La hawla wa la quwatta illa billahi l-‘Aliyyi l-‘Adhim’
(The Cure of Power)
Rasulullah, peace be uppon him, said, ‘You want something and Allah wants something, and what you want is not what Allah wants but what Allah wants will certainly come.’
Brotherhood.
To make brotherhood only you have to be right. Sidi ‘Ali al-Jamal of Fes said, “A man of knowledge can make a whole city, but a whole city cannot make one man of knowledge.”