Catatan Tangier 1999
AlhamduliLlah wa syukriLlah. Pada pertengahan November 1999 yang lalu, tiga pemuda dari Jawa telah berjaya membuat perjalanan ke Moussem Darqawiyya diTangiers, Maghribi.. Setiap pertemuan dengan Guru yang muhaqiq adalah unik dan menjadi peningkatan suluk mengikut kapasiti murid atau faqir berkenaan. Seperti perjalanan dan ibadat haji, ianya memang kaya dengan pengalaman rohaniah dan limpah kurnia Allah.
Setelah melalui beberapa dugaan dan halangan awal, Sh. Abdal Qadir as-Sufi begitu gembira menerima kunjungan dari 3 pemuda muslim indonesia tersebut. Mereka bertiga diterima menjadi faqir sekaligus diberi tugas sebagai amir jakarta (sidi abbas), amir bandung (sidi ahmad iwan) dan muqadim sidi malik haqq. Pada 27 Nov. 1999, mereka sempat singgah di Ribat Kuala Lumpur untuk bertemu dengan fuqara malaysia termasuk Amir Riyad Asvat dari Australia secara kebetulan turut membuat persinggahan dalam perjalanan pulang ke Asia. Berikut adalah dinukilkan tiga catatan dan pengalaman mereka :
Catatan Satu:
Alhamdulillah, kami telah menembusi empat rintangan besar sebelum berjaya bertemu di Tangier, Maghribi. Semua ini kami anggap ujian untuk menguji dan membersihkan jiwa kami supaya bersedia berhadapan dengan saqm. Kami perlu membuang segala prasangka dan kelebihan diri darihal pengalaman masa lampau dalam perjuangan islam kami. Kami juga diajar oleh murid lain supaya memakai pakaian terbaik ketika berjumpa shaykh. Halusi adab dan pertuturan atau persoalan yang ingin dikemukakan.
Oleh kerana dahagakan seorang murshid,kami berniat menggunakan peluang ini untuk merasai sendiri apakah beliau dapat memberikan apa yang kami hajati. Bahkan lebih dari itu. Kami sungguh-sungguh ditenggelami oleh kemurahan dan kasihsayang dari saqm pada pertemuan ulung ini. Tiada bahasa dapat mengukirkan apa terguris dihati. Benarlah dia seorang guru murshid yang tiada tandingan dizaman ini. Kami juga bertemu dengan fuqara dari berbagai bangsa dan benua. Semuanya ingin menghirup nur dari guru kami yang dikasihi kerana jalan Allah.
Catatan Dua:
Sebenarnya tiada ungkapan dapat melukiskan pengalaman kami. Allah yang menentukan peristiwa ini sejak azali lagi. Dia memiliki ruh kita sebelum ibu bapa kita. Dia yang mengkayakan kita sebelum kita minta. Kita sebenarnya tidak layak dimuliakan dengan pertemuan ini jika diukur dari sudut persediaan kami yang serba kurang. Dia telah membuka segala kekusutan kami dan membawa kami kealam tinggi dan tersembunyi betapa Allah taala mengasihi hambaNya melalui tunjuk ajar dari awliyaNya.
Catatan Tiga :
Sidi Shaykh berpesan pada kami bahawa malaysia adalah pintu kepada indonesia. Insya Allah, kita akan peroleh berjuta-juta lagi umat islam untuk menyambut perjuangan Islam yang hak dan mengangkat kembali mertabat umat mengikut Sunna Rasul. Kami sentiasa berada dibelakang kamu dalam misi ini. Kebangkitan dan penyibaran tariqa Darqawi diNusantara ini adalah hasil berkat doa shaykh Muhammad ibn Habib lebih 30 tahun dahulu. Dia berkata –“ Insya Allah, kitab Diwanku ini akan dibacakan di Barat dan Timur satu hari nanti !”
Kita juga mendengar kisah betapa Wali Bahlil seorang murid shaykh Muhammad ibn Habib telah berdoa untuk fuqara Malaysia yang pernah melawatnya diselatan Morocco untuk kejayaan dan cahaya bagi wilayah Nusantara.
Sidi Fudul Huwari berkata : Jalan tariq ini merupakan kejadian pelik yang sukar dihuraikan . Rahsia diantara murid dan guru shaykh hanya diketahui dan dirasakan tetapi tidak dapat dituliskan. Dia ibarat lautan atau hujan yang mencurah. Dimanakah ada bandingannya sekarang ?