Sabit Januari Dzul Hijjah Di Nusantara Komentar Keatas Sajak Dr.Abdad al-Rauwi
Alangkah indahnya jika sang pencari berbisik halus
Dimalam sejuk angin utara berhembus ke pulau mutiara
Gelora kasih tiada padam dek riak air telaga tujuhDari setitis air Yunus dia menjadi danau dan lautCintanya menderu dialunan jalal Diwan al-kamil Ahmad Thomson sudah berkunjung ditaman zikirDihadapan deru hempasan ombak Lakal Hamdu dikarang
Syahdunya angin malam bergema di Jabal AlamSetelah sampai ke Mekah dan Madinah disuruh pulangDemikian Abu Hassan Shadhili mendaki dan menuruniGunung-gunung Timur Barat dan kilau ulamak duniawiSinar fajar purnama bertebaran pada qalbu para Awliya
Firasat Wali Bahlil pernah berguru kepada Shaykh Alawisudah membaca riak air muka fuqara MalaysiaTanya pada lima serangkai yang bertemu baraka ituAhmad Atjie bersusah payah kembara dari BandungMembawa dua sahabat terbang hingga ke Tangier
Nakhoda Kapal sedang mengadakan perayaan besarAyuh kamu naik semua ke Bahtera Nuh ZamanMakanlah sirr bijian dan tanaman yang akan bercambahTidak boleh bertayamum jika menjumpai Air Segar
Alangkah sukar berebut kasih dengan ratusan ribuan fuqaraDari negeri china hingga hujung benua di Chiapas Bersama Amir Nafia dan Hajji Issa, engkau lihat satu kampung
Dan zawiya kayu dan tanah hampir mencecah kepalaJambak suffina dirai kanak-kanak dan wanitaBukan hanya lelaki gah bicara dan membacaPara sarjana dan doctor falsafah tidak bisa mengalahAku aku aku lebih bijaksana dan banyak ijazah
Tapi mana bunga boi wangi setiap musim haji Pulau Bintan dan Penyengat seluruh Riau menyambut kamiTuhfah al-Nafis bagai bersinar kembali tatkalaMelangkah masuk ke mesjid Sultan putih kuning hijauHujan gerimis pagi 11 Disember 2005 menyatukan jiwa resah
Lima paksi atau makam Sultan dan Yam Di Pertuan MudaDisisinya kubur sang Wali Sheikh Habib Hussein al-AlawiMaka kami bacakan Fatihah dan Qul HuwaLlah Untuk roh shuhada para wali dan raja sultan berimanTermasuk al-marhum Raja Ali Haji Syahid bertempor Belanda
Bukan naik kapal feri 200 penumpang atau perahu pompomDari Stulang Laut merentas 150 km ke Tanjung Pinang Tatkala terlupa membawa naskah Diwan kerana disangka Singkat ziarah pagi Ahad namun jangan lupa doa banyak-banyak
Demikian pesan sang amir Johor yang pernah bersua fuqara tuaDipadang pasir ceruk Sahara, maka lagu Lakal-Hamdu jadi penyatuSemerbak Fansuri yang hilang akan harum lagiDiatas banjaran gunung , pulau dan tasik serata Nusantara
Begitu juga zikir Ala Ya Latifu dan Ya HafizuHabis makam-makam dan istana dan kubu diterokaiMembuka rahsia nur dan baraka dengan kunci al-Miftah Bergembiralah oh muridku, seru Guru kami suatu hari dia turun dari biliknya atas bangunan zawiya .Tidak pasti di Granada atau Norwich atau AchnairgnSebab adanya Wali Allah dikalangan kamu semua !Ini rahsia baru dibukakan sebentar tadi, bisik sahabatku
Satu malam selepas kembali dari Ribat Ukay PerdanaMenjadi saksi kepada peristiwa ini dan kisah Imam Yasin DuttonJika ingin tahu- kuncinya Istiqama sepanjang hayat.Amat jarang lima fuqara dijemput buka bicara
Seminar Pengakraban Malaysia- Riau. Syed Anwar menyingkap mesej Tarbiyya Islamiyya Asliyya. Dr.Hakimi dengan rahsia amar Salat dan Zakat
Berkelip mata Bapak Huzrin Hood pewaris raja riau Segera dicalonkan menjadi amir Riau selepas keluar penjara . Diambang Shawal bahagia dari penjara Sukamiskin Bandung. Satu kamar dengan Pak Sukarno ditahan tidak lama duluSempat dia mengarang buku Kerana Aku Bukan Robin Hood
Dan diizin keluar bertemu dan berbayat pada Rais Abu Bakr Rieger Oh Nusantara, Oh Bandung, Oh Penang, Oh Patani, Oh Kuala LumpurOh Riau, Oh Singapura…pemburuan ruh-ruh gersang dimulakanLupakan sebentar Brunei dan Mindanao serta ribuan pulau rempah.
Apabila Shaykh Darqawi keluar dari gua khalwa di TafilaletAtau Kota Fez penuh baraka dan misteri ahli sufi dan umaraKamu bebas sekarang, menyanyi atau berzikir sambil berdiriBerjalan dan berkenderaan atau pesawat moden tiada kisahAsalkan mendapat IZIN, SIRR dan IRSYAD sang Murshid
Seperti serangkai bayt dari Diwan :
Lakal-Hamdu Ya Dzal-Hilmi wa Afwi wal-Sitri Wa Zidna min Na’mai wa Nuri wa Kasyfi
Wa Makin-na fil-Irsyadi bi-Izni wal-Sirri
Wa Salli bi-Anwai Kamalati Kulliha Ala Ahmadi Hadi ila Hadrati Thuhri
Ledak bumi lontar metamorphosis lihatlah EropahTiga puluh tahun dahulu, zawiya tanpa letrik di Bristol GardenSalat dan zikir di Hyde Park London, diceruk Copenhagen . Dimana seorang faqir Malaysia akhirnya bertemu lawan sebenar. Masjid dan ribat Granada masa itu terselit dihati lima pemudaBerkunjung ke London bertemu Sang Muqaddim. Kini tersergam indah setiap minggu ada saja pelawatMengukir cinta dan melafaz kata Syahadah.
Kemudian, di Dresden, Weimar dan Berlin bangkitBibit-bibit muzik, falsafah dan mutiara Goethe, Wagner,Nietzche, Mozart, Beethoven, Bach, Heidegger dan Achilleus Siapa kenal nama-nama ini, Habib Dahigen, Osman MossignonAbdal Basir Ojembara, Hasib Castiernera, Abdus Samad Kirke.
Pesan Hikam Athaillah : Benamkan wujudmu dibumi sepi. Supaya kelak tumbuh hikmah dan buah ilmuDihari kemudian apabila pohon sudah matang dan kuat.Jika belum tiba musim, apa jua buah, bunga dan laguYang dipaparkan adalah metafora bahasa dan puisi saja.
NurNya pancaran dihati kekasih tersembunyi melepasi bintangSudah bersambung jambatan antara benua-benua sensori. Dan bakti kita pada tariqa dan salikin sentiasa menaungi. Singgahlah fakir dan musafir, pintuku terbuka menantiHidangan cangkir tea jasmin dan shushien pilih sendiri. Dimana ada halaqah dan jalal selawat nabi, lupakan sebentarJawatan professor, menteri atau pangkat gajiAtau jarak kilometer serta harga minyak atau tenaga zahir.
Debu-debu dijalanNya lebih mulia dari cahaya tivi Kini tiba Musim bermusafir lagi dengan jemputan KenduriDi Gurun pasca moden memasang kereta dan motorAyuh fuqara membuka tirai Miftah al-WirdKemudian mendendang lagu Qasidah dan Salawat Burdah
Sejuta doa membangkitkan cucu cicit Alim Awliya
Dikirim Angin hujan dan ribut Disember Bersua Nurnusantara dan anak Naga BenuaUtara Insya’ Allah, dari kitab ke kitab, lembar ke lembaran dan Baris-baris sajak, diselangi Tsunami dan GempaMerentangi lima Benua Asia, Afrika, Eropah dan AmerikaKelak pulang Daud Fattah Batchelor ke Australia.
Semuanya berasal dari setitis TintaNyaTiada kamu dikurniai Ilmu melainkan sedikit
18 Januari 2006