Mawlay salli wa sallim daiman abada
ala Habibika Khairil Khalqihi kullihi
Ya Rabbi salli ala Muhammadin wa ala
Sadatina alihi wa sahbihi kiramiAmim tazkurin….
Salam saudara budiman sekalian. Memang sejuk dan terharu hamba mendengar ramai pencinta ilmu, pencari dan murid sufiyya di Malaysia makin mendekati amalan Burdah yang kian popular. Ini disebabkan adanya CD,TV and Website serta kumpulan Nasyid, penyanyi Muslim tanah air melagukannya dengan niat ikhlas dan memuji serta berselawat atas Rasul a-lMustafa sallallahu alaihi wasallam.
Dari pengembaraan hamba yang berdebu dan terbatas, di tanah air ada beberapa jemaah/tariqa berjaya menghidupkan Burdah ini dalam majlis ilmu dan program zikir mereka iaitu ;
a. Yayasan al-Jenderami /ustaz Hafiz Selamat
b. Jemaah Pondok Tar Tujuh Pasir Mas
c. Pondok Yarang Aziziah Patani.
d. Jemaah Darqawi-Shadziliyya Malaysia
e. Lain-lain jemaah dan individu terutama para ulama jalur sayid/sharifin.
Selalunya sebelum baca/nyanyikan Burdah, elok sekali dibaca al-Quran, selawat dan lain-lain zikir dahulu. Kemudian dikhatami dengan doa dan majlis/syarahan ilmu, tarbiyya ruhiah dan muzakarah. Oleh kerana alam melayu nusantara telah beratus tahun dikalangan ulama tua dan golongan sufi mengenali amalan Burdah ini, ianya tidaklah asing cuma kepakaran membawa jalal/chorus atau rentak alunan yang berasaskan izin guru/rahsia tariq tertentu tidak sama diantara jemaah dan individu tertentu. Nanti ada pula salah guna, komersial dia atau jual murahan macam nasyid group kini hijjaz la raihanla, rabbani la, gendang la, tabla la, nasib baik tak main seruling dan gitar bersama qasida karangan para awliya dan masyaikh ini. Perlu ada tapisan, ada izin dan adab serta tunjuk ajar dari para imam dan tok guru dulu.
Sebab itu, Imam Malik r.a. berkata jika bercerai shariat/adab atau feqah dari tariqat/tasawwuf maka binasalah mereka yang demikian itu. tak boleh nyanyi solo solo dan mencurahkan Cinta sebelum dibakar api tarbiya, tazkiyya dan pembersihan rohani.
Jalal atau chorus utama Burda ialah :
Mawlay salli wa sallim daiman abada
ala habibika khairil khalqihi kullihi
Ya Rabbi salli ala Muhammadin wa ala
sadatina alihi wa sahbihi kirami
Amim tazkurin….
Burda memang popular di India Pakistan Timur Tengah Turki dan Afrika Utara..kampung halaman tariqa Shadziliyya, dicintai dan disanjung tinggi dikalangan para sharif/sayyid, ulama sufi dan para imam. Siapa ikhwan ingin mendekati amalan Burdah yang ada lebih 10 – 20 chorus/jalal atau alunan lagu dan bagi mengeratkan ukhuwah dalam majlis ilmiah dan zikir umum, boleh meminta nasihat, tunjuk ajar dan bantuan dari ahli jemaah Darqawi iaitu Sidi Shamsudin Idris dan Sidi Umar Azmun.
Kata Maulana Rumi, all the caravan of lovers Path pointed to the direction of Makkah and Madinah. Sekian, semoga Allah memberkati semua pencinta Burdah kerana disinilah tersimpan rahsia jalan Surah Al-Muzzammil dan al-Mudhathir. Debu-debu kembara masih berterbangan dan banyak lagi Qasida atau Diwan/koleksi Sufiyya sezaman masih perlu diteroka. Burdah hanya secebis atau seteguk air Lautan cinta dan Marifa. Manakala Puisi Mathnawi Maulana Rumi lagi tebal ada 6 volume dalam bahasa Parsi dan Turki. Diwan Sh Muhammad ibn al-Habib alim sufi besar tariqa Darqawi abad 1872-1971 dari Meknes/Fez, Moroko setebal 200 muka banyak disulami dengan jalal Burdah yang sama.
Siapa rajin kembara dan mencari pasti jumpa atau menciumi harumannya.. Baraka dan karama yang tak lekang dek zaman. Sesegar bunga-bungaan mekar mengembang setiap pagi dan angin sejuk berhembusan di wajah pencinta. Kita akhiri dengan jalal :
SalatuLlah salamuLlah , ala Taha RasuliLlah
SalatuLlah salamuLlah, ala Yasin HabibiLlah ..2X